Wednesday, August 6, 2008

Ketidakpuasan Hati Pemandu-Pemandu Teksi

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat khususnya kepada pemandu-pemandu teksi dalam menghadapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Selain itu, sebelum ini juga kerajaan telah mengambil langkah untuk mengekalkan harga diesel kepada pemegang “fleet card” dan mengekalkan harga gas untuk kenderaan (NGV) pada 63.5 sen seliter bagi meringankan beban rakyat. Namun, terdapat desas-desus yang mendakwa ada lagi pemandu-pemandu teksi yang masih tidak berpuas hati walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai alternatif untuk mengurangkan beban mereka.

5 comments:

saujanamie said...

pemandu teksi memang tak puas hati...dia orang tak sedar ke kerajaan dah bagi macam-macam kemudahan utk mereka. memang tak sedar diri kan!!!!!

SELERABARU said...

Terima kasih atas komen anda. Pemandu teksi memang tak sedar diri. Macam-macam kesitimewaan mereka dapat sampaikan nak isi minyak atau gas dalam teksi masing-masing hari-hari minta bantuan bangla tolong isikan.

lantakpila said...

memang tak patut betui depa ni...pemandu-pemandu teksi mintak naik tambang dari RM2.00 ke RM 3.00 ada ka patut??? dah la jalan jem....nak naik tambang pulak. drebar teksi ni banyak songeh!.. xmau ambik penumpang, xmau ikut jalan jem...bila nak sampai umah kalau xmau jalan???? -SAKIT ATI-

Merisik Khabar said...

Moralnya....kerajaan perlu mengstrukturkan semula tambang teksi agar semua mendapat manfaatnya....

Pok Li said...

No komen lah tuan tak pernah bawa teksi