Thursday, December 18, 2008

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Hari ini Pengerusi DAP Negeri Melaka YB Goh Leong San (ADUN Kesidang) memberitahu media bahawa ada seorang wanita yang bernama Puan Chua, 42 tahun yang tinggal di Taman Medeka, Melaka mengadu kepada beliau baru-baru ini ibunya telah meninggal dunia dan beliau telah memohon wang ihsan kematian sebanyak RM 200.00 daripada Jabatan Kebajikan Negeri Melaka.

YB Goh berkata oleh kerana Puan Chua tinggal di Taman Merdeka maka beliau telah meminta ADUN kawasan (DAP) menyokong permohonan tersebut tetapi dimaklumkan oleh Jabatan Kebajikan Negeri Melaka bahawa pemohonan tersebut ditolak.YB Goh turut menyelar Ketua Menteri Melaka dan Jabatan Kebajikan Melaka yang menggunakan wang rakyat untuk menyeksa mereka yang tinggal di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang.

Selerabaru tertanya-tanya kenapa wakil rakyat pembangkang sentiasa mencari publisiti murahan untuk membela rakyat dan tak habis-habis menyalahkan kerajaan. Puan Chua pun satu kalau tandatangan YB Pembangkang tak laku pergi saja pada YB Kerajaan tentu beliau akan dapat lebih dari RM250.00. Ini tidak asyik percaya pembangkang hinggakan wang yang didermakan kepada beliau sebanyak RM250.00 disensasikan dengan foto di dada akhbar. Pembangkang sentiasa menjanjikan dan menjajakan menifesto negara kebajikan. Tak kan beri sumbangan RM 250.00 perlu mencari akhbar untuk cari publisiti.

Selerabaru cadangkan YB Pembangkang Melaka kalau tanda tangan beliau nak laku serahkan saja borang tu kepada Kerajaan negeri Perak atau Pulau Pinang.........

KEPALA BABI ANGKARA DURJANA

Malaysia adalah rumah kaca. Pantang dibaling batu akan retaklah ia. Keretakannya akan melarat dan berkecai akhirnya. Agaknya itulah yang diingini oleh beberapa anak gampang yang menyangkut kepala babi dirumah orang Melayu beberapa minggu lalu.

Hari ini digemparkan lagi dengan penemuan bangkai babi di tempat awam, dipercayai dengan niat hendak menimbulkan kekacauan. Kali ini bangkai kepala babi ditemui tergantung atas sebidang kain rentang yang dipasang di pagar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Melaka berhampiran bulatan menuju Ke Kampung Pengkalan Balak.

Kita tidak tahu samada Cina, atau India atau Melayu upah Cina atau India atau pendatang asing untuk melakukan kerja bodoh lagi merbahaya itu. Apa yang jelas perbuatan itu boleh mengundang kedurjanaan. Dalam isu ini orang Melayu jangan mudah mengamuk. Orang Melayu kena berfikiran waras dan bijaksana. Babi buka haiwan yang tidak boleh disamak. Itulah keistimewaan Islam. Dia mengajar kita disiplin menyamak haiwan yang bersifat najis mughalazah. Kita samak habis cerita. Cuma kita terasa terhina dan tercabar itu saja.

Biarkan polis menyiasat kes ini. Kita ada undang-undang. Biar undang-undang menentukannya. Yang paling kita tidak mahu ialah pergaduhan seperti membakar kuil, tokong atau bunuh membunuh seperti yang berlaku di Kampong Medan. Itu mainan kumpulan pengganas Pembebasan Tamil Elam. Kita tidak sedar kita diperbodohkan oleh orang luar. Musuh negara ni tidak semestinya orang asing malah orang kita juga tidak kurang jahatnya. Oleh itu bertindak waraslah. Babi boleh disamak..tetapi kalau pemimpin kita mengutamakan babi dari orang seperti yang dilakukan oleh PKR di Selangor dan disokong oleh Tok Guru Nik Aziz. (PAS)..yang ini dah melampau. Kita kena hukum dia agar sedar diri. Yang itu tidak boleh disamak..yang itu kena buang saja. Tolak jauh-jauh..syuh--syuh..halau mereka macam ayam. Dah berserban pun tak tahu mana satu orang mana satu babi dah..parah ni.

Wednesday, December 17, 2008

MADAH MINYAK TURUN LAGI

Wahai tuan handai dan taulan
Marilah sini kawan nak khabarkan
Berita terkini untuk kalian
Buka mata, buka telinga
Tutup mulut jangan ternganga
Harga minyak jatuh satu dunia...

Tanpa lengah, Pak Lah perintahkan
“Kata mesti di kota, janji mesti tunaikan
Subsidi tetap kita teruskan
Harga minyak kita turunkan.”

Syukur kita kepada Tuhan
Bajet lari dan pulih kini
Pandai pula baiki ekonomi diri
Sayur, cili tanam sendiri

Kepada mereka orang di sana
Yang tau membangkang tau mencerca
Yang tau teori ramalan ekonomi
Cubalah habag mai sat kat kami
Apa lagi yang tak puas hati...?

Melayu, Cina, India dan peribumi
Marilah kita bersatu hati
Negara ini bersama kita punyai
Sayangilah dengan sepenuhnya hati

KISAH SEBATANG BAMBU

Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang

bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu

hari datanglah si petani yang empunya pohon bambu itu.

Dia berkata kepada batang bambu," Wahai bambu, mahukah engkau kupakai untuk

menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mahu bila dapat berguna bagi

engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku

menjadi paip saluran air itu."

Si petani menerangkan, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan

engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-

cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan

membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Terakhir aku akan membuang

sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan

lancar. Apabila aku sudah selesai dengan pekerjaanku, engkau akan menjadi paip

yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam

dapat tumbuh dengan subur."

Mendengarkan hal ini, batang bambu lama terdiam....., kemudian dia berkata

kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau

menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku,

bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini,

dan pasti tak tertahan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku

untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui

semua proses itu, Tuan?"

Petani menjawab persoalan batang bambu itu, "Wahai bambu, engkau pasti kuat

melalui semua itu, kerana aku memilihmu justeru kerana engkau yang paling kuat

dari semua batang pada rumpun ini. Jadi bertenanglah."

Akhirnya batang bambu itu menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna

bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu

hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip

saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur

dan berbuah banyak.

*************************************************************

Pernahkah kita berpikir bahawa dengan masalah yang datang silih berganti tak

habis-habisnya, mungkin Tuhan sedang memproses kita untuk menjadi indah di

hadapanNya?

Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Tuhan sedang membuat

kita sempurna untuk dipakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang

kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagiNya. Tapi jangan

khuatir, kita pasti kuat kerana Tuhan tidak akan memberikan beban yang tidak

mampu untuk kita pikul. Jadi mahukah kita berserah pada kehendak Tuhan,

membiarkan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang

berguna bagi kerajaanNya?

Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, "Ini aku Tuhan, perbuatlah sesuai

dengan yang Kau kehendaki."

Hidup yang tidak memiliki tujuan

jauh lebih menakutkan daripada

hidup yang tidak mencapai tujuan.

Thursday, August 7, 2008

Mahkamah Dianggap Adil - Anwar Dibenar Ikat Jamin

Sankara Nair salah seorang daripada sembilan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyifatkan keputusan Mahkamah Sesyen di Malaysia hari ini sebagai adil kerana membenarkan beliau dibebaskan dengan ikat jamin. Tambah beliau pasport antarabangsa DSAI juga tidak diambil.

Persoalan yang timbul ialah selama ini Mahkamah di Malaysia tak adil ke? Dah beribu-ribu orang dibenarkan ikat jamin sementara menunggu kes dibicarakan. Sepatutnya kes peribadi seperti ini tidak dicampurgaulkan dengan politik.

Selera Baru Manusia



Apa komen anda ?

Pemimpin,Visi & Misi

Sumber : http://www.flickr.com/photos/10133181@N08/2555904214/in/photostream/
Sila beri komen anda.

Antara Popular Dan Realiti

Hampir semua ahli politik dan sebahagian rakyat di Malaysia melihat dan menghayati debat antara wakil rakyat BN YB Dato' Sabry Chek dan Penasihat Parti Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Berhujah dan menyatakan kaedah perancangan berkaitan harga minyak dalam masa satu jam cukup untuk menilai kewibawaan dan perancangan masing-masing untuk mengatasi masalah tersebut dan memenangi hati rakyat.

Dato' Sabry menyatakan fakta yang cukup jelas tentang peranan kerajaan yang utama iaitu meringankan beban rakyat secara keseluruhannya manakala Dato' Seri Anwar pula cuba menerangkan kaedah yang masih samar-samar untuk menangani masalah yang melanda seluruh dunia sambil DENGAN NADA SINIS menyatakan kerajaan BN yang kurang bijak menangi isu tersebut.

Rakyat harus menyedari tiada kerajaan di dunia yang mahu melihat rakyatnya hidup dalam situasi yang kurang menyenangkan walaupun sesuatu keputusan yang diambil boleh menyebabkan keadaan kurang popular di kalangan rakyat. Kerajaan memperjuangkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi pemimpin itu sendiri.

Ketika krisis matawang melanda, Dr. M berpesan kepada Dato' Seri Anwar supaya tidak menaikkan kadar faedah sebelum berangkat ke Jepun. Bagaimanapun keesokan harinya kadar faedah di umumkan naik atas arahan Dato' Seri Anwar. Jika kadar faedah naik, orang ramai akan marah kerana jumlah hutang akan meningkat manakala perniagaan akan dilakukan secara berhati-hati akibat kenaikan kadar faedah tersebut.

Mengikut hukum ekonomi, jika sesebuah negara cuba melawan arus perubahan ekonomi dunia keadaan ekonominya akan bertahan dalam waktu yang singkat dan akan terus merudum ke tahap yang paling teruk dan tidak dapat dibayangkan. Pemulihan pula memerlukan kos yang tinggi untuk dibayar oleh rakyat serta akan mengambil waktu yang lama.

Lihatlah negara jiran Indonesia yang meminjam IMF ketika krisis matawang tersebut. Berapa ramai rakyat yang menderita, berapa ramai anak-anak yang mati kelaparan, berapa lama masa yang diambil untuk memulihkan kembali kestabilan negara. Di mana maruah pemimpin jika perancangan negara diserahkan kepada IMF untuk mentadbir negara. Di mana letaknya kedaulatan dan suara rakyat jika pemimpin yang mereka harapkan tidak mempunyai kuasa langsung merencanakan kembali pembangunan negara sendiri.

Sedarlah yang manusia dianugerahkan akal untuk berfikir ke arah kebaikan.
Tiada pemimpin yang mahu menjatuhkan Agama, bangsa dan negaranya sendiri untuk mendapatkan kuasa.

Wednesday, August 6, 2008

Ketidakpuasan Hati Pemandu-Pemandu Teksi

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat khususnya kepada pemandu-pemandu teksi dalam menghadapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Selain itu, sebelum ini juga kerajaan telah mengambil langkah untuk mengekalkan harga diesel kepada pemegang “fleet card” dan mengekalkan harga gas untuk kenderaan (NGV) pada 63.5 sen seliter bagi meringankan beban rakyat. Namun, terdapat desas-desus yang mendakwa ada lagi pemandu-pemandu teksi yang masih tidak berpuas hati walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai alternatif untuk mengurangkan beban mereka.