Friday, January 2, 2009

BOTOL AIR PLASTIK MEMBAWA MAUT


Tahukah anda bahawa botol air plastik pelbagai warna dan bentuk yang banyak dijual di pasaran ketika ini didapati boleh menyebabkan pelbagai jenis kesan buruk kepada kesihatan manusia termasuk kanser payu dara. Ianya juga turut memberi kesan terhadap kesihatan manusia serta akan menjejaskan organ pembiakan, memberi kesan buruk kepada tumor dan perkembangan prostat dan juga mengurangkan bilangan sperma.

Botol jenis polikarbonat (BPA) yang ringan dan tahan itu mudah diketahui kerana ada angka ”7” dalam bentuk segi tiga bersama huruf ”PC” di bahagian bawah setiap botolnya. Botol air jenis BPA ini berbahaya kerana bahan yang digunakan iaitu kimia jenis ’Enviromental Hormone’ mampu merembeskan bahan itu ke dalam air.

Selerabaru mencadangkan agar pihak yang bertanggungjawab terus mengharamkan penggunaan botol air jenis ini termasuk di kawasan sekolah.

3 comments:

Ali Suhaili said...

selamat tahun baru..selera baru..harap azam baru..jangan bini baru...dah berkurun lamanya air dibotolkan dalam botol plastik...baru la sekarang dia orang nak bagitau...pulak tuk siap dengan kempen "recycle" sekali...apa pun kerajaan patut la bertindak untuk mengatasi masalah ini...tak la banyak sangat orang Malaysia kena penyakit kanser kan?...

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

selela balu....aiyaaa mana pigi lama tak jumpa?

Anonymous said...

botol ni .. kena tengok gak .. sebab ade kait mengait dengan unsur melamin ...